Monday 15 February 2010

PERANGAI Melayu UMNO yang TIDAK BERPENDIDIKAN, TIDAK BERAKAL & TIDAK bertamadun!


"Anak Muda Benci UMNO" atau 'AMBU', sebuah Group di dalam 'facebook' yang kini mencecah 8000 lebih ahli sejak di tubuhkan beberapa bulan yang lepas adalah antara tempatnya rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan UMNO dari pelbagai kaum melepaskan dan meluahkan perasaan mereka, dan juga menjadi tempat berkongsi maklumat.

Sejak dari awal ianya di tubuhkan, saya telah di lantik oleh Pengasas dan Pencipta AMBU untuk menjadi CO-ADMINISTRATOR untuk group ini. Oleh kerana pengasas dan penciptanya ingin menjaga identiti dirinya sebenar dari di kenali oleh orang ramai, jadi kami CO-ADMIN AMBU merahsiakannya.

Dari awal AMBU di tubuhkan, saya sememangnya lantang bersuara kerana para penyokong UMNO suka membuat kacau di dalam Group ini. Sekiranya mereka ingin berdepat dan berbincang secara terbuka dan berilmiah tidak mengapa...tetapi selalunya mereka hanya menunjukan tahap pemikiran dan akal mereka yang cetek, rendah dan kurang berpelajaran dan hanya tahu mengutuk secara 'kosong' dan bercakap tidak berdasarkan fakta atau ilmu pengetahuan yang hanya membuatkan orang lebih membenci pada UMNO hari ini yang kini pada pandangan saya telah menjadi "Untuk Melayu NO OTAK!"

Saya memang pantang sekali apabila melihat Melayu KITA sendiri menunjukan sifat perangai BODOH SOMBONG mereka yang telah di ajar oleh UMNO selama ini dan menjadi antara punca mengapa sukar sekali untuk bangsa Melayu kita maju dan mara ke hadapan. Malah sekiranya di lihatkan secara teliti, UMNO sering kali hanya memuji-muji kosong orang Melayu kita dan hampir TIDAK PERNAH berani untuk MENEGUR bangsa kita sendiri atau bersifat TEGAS dengan bangsa kita sendiri, hanya semata-mata demi kepentingan politik kerana mahu mengekalkan POPULARITI mereka semata-mata. Sifat dan sikap ini ibarat memanjakan bangsa Melayu kita selama ini sehingga sesetengah orang Melayu kita menganggap seolah-olah kita adalah bangsa TERBAIK di dunia. Dan sifat serta sikap UTAMA yang sering kita lihat di lakukan oleh UMNO ialah menuding jari pada pihak atau bangsa-bangsa yang lain atas kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada bangsa KITA sendiri dan juga KELEMAHAN pentadbiran serta pengurusan UMNO sendiri yang terdiri daripada golongan-golongan Melayu yang TIDAK bermoral etika, dan TIDAK berkelayakan untuk mentadbir ataupun menyelesaikan masalah-masalah bangsa kita sendiri.

Sebagai seseorang yang menyintai ILMU dan banyak kali berasa malu dengan sifat dan sikap yang di tunjukan oleh golongan-golongan Melayu yang terpengaruh oleh UMNO dengan sifat BODOH SOMBONG mereka, RACIST dan LEMAH AKAL PEMIKIRAN, saya tidak teragak-agak untuk menegur mereka atau untuk berkeras dengan golongan-golongan Melayu BODOH kita ini, yakni Melayu Feudal UMNO dengan memanggil mereka "BODOH" dengan secara terus terang kerana sememangnya mereka ini bodoh. Jikalau mereka ini pandai mereka tidak akan menyokong sebuah parti yang mengamalkan korupsi dengan membazirkan wang rakyat yang boleh di gunakan untuk pelbagai tujuan yang lain seperti bantuan pelajaran, pinjaman pelajar, biasiswa untuk para pelajar atau juga untuk bantuan golongan fakir miskin.

Malah kebodohan golongan-golongan Melayu Feudal UMNO ini sangat terserlah apabila mereka menganggap bantuan yang di hulurkan pada orang-orang kampung pada musim-musim serta waktu tertentu sahaja seperti:

- Hari Raya Aidilfitri

- Hari Raya Korban


- Perayaan lain2 ( Deepavali, Thaipusam, Tahun Baru Cina, Christmas, Hari
Gawai dan
Kamaatan )

- Bencana Alam ( Banjir Kilat )

- Pilihan Raya Kecil/PRK

- Pilihan Raya Umum/PRU

...untuk golongan-golongan Melayu BODOH UMNO, mereka menganggap bantuan seperti ini sudah cukup memadai. Oleh kerana akal pemikiran mereka yang singkat dan pendek mereka tidak melihat tugas kerajaan secara umum yang sama walau di mana-manapun di dunia ini, yakni untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya dan juga meningkatkan daya saingan, dan produktiviti secara berpanjangan bagi menjana ekonomi masyarakat yang mereka mentadbir dan juga menguruskan.

Mereka tidak sedar bahawa kebanyakan bantuan yang di lakukan oleh 'wakil-wakil rakyat' UMNO ini seringkali di lakukan apabila adanya wartawan dari akhbar-akhbar arus perdana milikan UMNO sendiri seperti Utusan Melayu ( Utusan MELOYA ) dan Berita Harian ( Berita HA'I'RAN )
. Namun bantuan-bantuan ini hanya sekadar pada jangka masa pendek dan berlaku pada waktu tertentu seperti yang tertulis di atas sahaja, yakni bermusim.

Golongan-golongan Melayu BODOH UMNO ini tidak lihat prestasi kerja wakil rakyat mereka
seperti menumpukan perhatian pada tahap dan mutu kemudahan serta perkhidmatan awam yang menjadi kewajipan setiap seseorang wakil rakyat di mana-mana parti politik pun seperti menumpukan perhatian pada:

- mutu & tahap pendidikan masyarakat setempat kawasan mereka - tahap pengangguran yang berlaku dan punca-puncanya - mutu dan taraf kesihatan masyarakat setempat kawasan mereka

- tahap/kadar jenayah di kawasan mereka - tahap pembangunan dan mutu kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan
awam seperti:

. Sekolah-sekolah

. Hospital

. Bomba


. Polis

. Jalan Raya

. Bekalan Elektrik

. Bekalan Air

. Kemudahan Telekomunikasi ( Perkhidmatan Pos dan Telefon )

. Kemudahan sistem saliran/pengairan air

. Kemudahan sistem/tempat pembuangan sampah


- Penjagaan KOS Perbelanjaan dan mengelakan pembaziran untuk setiap kemudahan serta perkhidmatan awam yang di sebutkan di atas dari hasil peruntukan yang di sediakan, samada dari kerajaan pusat, ataupun kerajaan negeri.

Kesemua perkara-perkara yang di sebutkan di atas ini merupakan perkara-perkara yang menjadi tugas serta kewajipan sebenar setiap wakil rakyat di mana-mana negara pun, dan penjagaan mutu setiap kemudahan serta perkhidmatan awam inilah yang menjadi tanggungjawab sebenar seseorang wakil rakyat.

Namun kependekan akal orang-orang Melayu ini hanya berpandang pada BANTUAN BERMUSIM yang di hulurkan oleh UMNO dan tidak pada perkara-perkara yang penting dan secara meluas yang menjadi tugas utama dan kewajipan seseorang wakil rakyat. Dan melantik seseorang wakil rakyat yang amanah dan bertanggungjawab dan juga bijak dalam pengurusan pentadbiran juga adalah kewajipan rakyat sendiri.

Namun segala ini boleh di rosakan apabila mereka yang memilih wakil rakyat mereka seperti di dalam UMNO tidak mementingkan kewajipan kepada rakyat tetapi kepentingan diri mereka sendiri, di mana orang yang mereka pilih di dalam parti adalah orang yang menjanjikan jumlah kontrak-kontrak dan tender-tender bekalan kepada kerajaan yang paling banyak di mana kebanyakan peruntukan kepada kerajaan setempat akhirnya di habiskan atas penyelewangan, di mana akhirnya wang yang sepatutnya di salurkan untuk bantuan masyarakat setempat telah masuk ke dalam poket-poket golongan-golongan tertentu sahaja. Ini lah dia hasil korupsi yang di pertahankan pula oleh golongan penyokong-penyokong Melayu BODOH UMNO yang mengatakan diri mereka 'juara rakyat' dan mempertahankan golongan/bangsa Melayu, namun apabila korupsi berleluasa, sekiranya kawasan wakil rakyat itu sendiri banyak orang-orang Melayu, apabila korupsi berlaku, orang-orang Melayu di kawasan mereka SENDIRI tidak memperolehi bantuan yang sewajarnya. Beginilah SINGKATnya akal pemikiran golongan-golongan Melayu BODOH UMNO pada hari ini. Sekiranya menyokong korupsi, secara langsung mereka SENDIRI sedang mengkhianati rakyat dan juga bangsa mereka sendiri... tetapi golongan-golongan Melayu BODOH UMNO ini tidak sedar perkara-perkara ini.

Antara sebab-sebab sebuah peruntukan untuk kerajaan tempatan mudah habis dengan adanya korupsi adalah kerana wakil rakyat tersebut menggunakan peruntukan yang di sediakan bagi setiap kemudahan serta perkhidmatan awam di atas dengan memberikan kontrak-kontrak hanya kepada rakan-rakan dan ahli-ahli di dalam parti UMNO mereka, dan golongan ini pula tidak berkelayakan ataupun menjalankan perniagaan secara professional bagi memastikan bekalan barangan ataupun perkhidmatan mereka kepada kerajaan adalah barangan atau perkhidmatan yang bermutu dan pada kos yang rendah.
Malah perkara yang kita sering lihat berlaku ialah, golongan-golongan Melayu UMNO ini sering menyalah gunakan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) di mana mereka layak untuk menjadi pembekal utama kerajaan hanya atas dasar bangsa mereka, namun syarikat yang memegang hak pengedaran utama, atau syarikat kilang yang menghasilkan barang-barangan tersebut adalah syarikat bukan Melayu atau bumiputra. Jadi golongan-golongan Melayu UMNO ini mendapat pendapatan secara mudah dengan menjadi apa yang kita panggil syarikat ALI BABA. Mereka ini tidak perlu benar-benar berusaha keras, belajar rajin-rajin ataupun mempunyai kelayakan yang tinggi bagi mendapatkan kontrak-kontrak tender atau bekalan kerajaan, mereka ini hanya perlu menjadi:

- ahli UMNO kawasan tersebut

- kawan rapat dengan AJK, Bendahari, Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian

- rakan sahabat sekolah rendah, menengah atau kolej ahli-ahli UMNO ini

- saudara-mara rapat ahli-ahli UMNO tertentu seperti adik-ipar, abang/kakak
ipar,
sepupu, pak cik atau mak cik saudara.

- seorang peniaga Melayu yang mempunyai ramai sahabat peniaga bukan
Melayu yang ingin membekalkan barang-barangan mereka kepada kerajaan
dan ingin menggunakan 'taraf' bumiputra mereka dan juga kenalan-kenalan
politik mereka.

Orang-orang Melayu kita yang lebih berpendidikan pada hari ini melihat segala perkara dan amalan-amalan ini yang berlaku secara berleluasa sehingga menjadi seolah-olah sebuah adat dan budaya di dalam UMNO sendiri yang menggalakan orang-orang Melayu kita untuk bergantung harapan kepada kerajaan. Namun dalam sistem pengalaman kronisma dan nepotisma ini, akhirnya ia hanya memanfaatkan sebilangan atau golongan-golongan Melayu yang TERTENTU sahaja dan tidak memanfaatkan kesemua orang-orang Melayu ataupun rakyat, dan akhirnya wang yang sepatutnya di peruntukan untuk bantuan kepada rakyat dan masyarakat setempat habis kerana kebanyakan pembekal-pembekal ini juga sering kali memasukan harga bekalan perkhidmatan ataupun barangan yang lebih tinggi daripada harga pasaran kerana lazimnya golongan-golongan Melayu ini sekadar menjadi ORANG TENGAH kepada kerajaan hasil daripada Dasar Ekonomi BUNTU! ( DEB )

Namun antara perkara yang juga di amalkan oleh UMNO adalah untuk menarik sokongan daripada golongan-golongan Melayu yang KURANG BERPENDIDIKAN di mana golongan-golongan Melayu ini lah yang sering di pergunakan. Melayu-melayu kita yang tidak dapat melihat perkara-perkara yang di sebutkan di atas dan sendiri TIDAK TAHU apakah dia TUGAS serta KEWAJIPAN sesebuah kerajaan atau wakil rakyat. Golongan-golongan Melayu inilah yang sering kali di perbodohkan dan di pergunakan oleh UMNO oleh kerana tahap pemikiran dan juga tahap pendidikan mereka yang rendah. Dan TANPA DI KETAHUI, Melayu-melayu inilah yang memberikan kuasa kepada golongan-golongan Melayu yang TIDAK BERMORAL atau AKHLAK dan golongan-golongan Melayu-melayu seperti INI lah yang sebenarnya secara tidak langsung MENGKHIANATI NEGARA dan juga MARUAH BANGSA mereka sendiri dengan membantu golongan-golongan Melayu yang ZALIM dan hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu secara keseluruhan.

Malah sepanjang menjadi co-admin di dalam AMBU, perkara utama yang dapat di lihat oleh para penyokong UMNO di alam maya ini adalah:

- TIDAK/KURANG berpendidikan

- LEMAH Daya Pemikiran

- LEMAH Akhlak Moralnya

- TIDAK Bermusahabah Diri


- Tidak mempunyai Ilmu Pengetahuan yang sewajarnya untuk menilai
antara baik dan buruk.

- Tidak mengetahui ILMU ECONOMICS & Pengurusan Pentadbiran


- TIDAK mengetahui TUGAS/KEWAJIPAN sesebuah Kerajaan


Inilah tahap kejahilan dan juga KEBODOHAN Melayu-melayu kita sendiri yang di dalam UMNO pada hari ini. Melayu-melayu yang tidak bermaruah diri atau berpegangan dan hanya menjadi golongan yang menjatuhkan maruah bangsa Melayu sendiri yang memalukan dengan sifat-sifat bodoh sombong serta racist mereka.

Namun apabila berdebat dengan golongan-golongan Melayu pro-UMNO ini di alam maya seperti di 'facebook', di dalam group AMBU. Mereka ini berasa sakit hati sangat apabila saya terus terang memanggil mereka ini anak-anak Melayu yang BODOH, BANGANG, BAGHAL, SANGAP dan BAHALUL...namun ini memang kebenarannya. Dan mereka berasa lebih sakit hati apabila saya MEMBUKTIKAN kebodohan mereka di khalayak orang ramai kerana mereka ini lazimnya menulis ataupun bercakap TANPA BERFIKIR terlebih dahulu.

Namun seperti yang sudah menjadi BUDAYA UMNO pada hari ini, mereka ini memang SUKA dengan sifat-sifat serta sikap memfitnah. Dan apabila golongan-golongan Melayu BODOH UMNO ini TIDAK BOLEH MENANG secara berdebat dengan ILMIAH atau INTELEK...mereka akan melakukan serangan secara PERIBADI...dan inilah apa yang telah berlaku kepada diri saya sebagai co-administrator AMBU... dan anda boleh menjadi SAKSI kepada perangai serta BUDAYA tak bertamadun, TIDAK berpendidikan dan KURANG Akal UMNO ini apabila mereka
menubuhkan sebuah Group di falam ' facebook' berjudul:

"Anak Muda Benci Wan Imran Wan Chik":

http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/ANAK-MUDA-BENCI-WAN-IMRAN-WAN-CHIK/186395344604?ref=ts

Manakala serangan mereka secara peribadi juga di lakukan di Group "Anti-PKR Club" di dalam facebook juga:

http://www.facebook.com/photo.php?pid=3781865&id=197344137372


Gambar pada link di atas ini telah di ambil oleh para penyokong UMNO bodoh ini daripada profile "Myspace" saya yang telah lama saya tidak buka, di mana gambar aslinya adalah gambar saya bersama anak-buah saya yang masih bayi ketika itu, dan mereka mengubahnya. Namun ADA juga golongan-golongan Melayu BODOH UMNO kita yang boleh 'percaya' bahawa gambar yang telah di ubah oleh mereka itu adalah gambar betul???!


Namun serangannya tidak berakhir di situ. Apabila mereka tidak dapat mencari perkara-perkara untuk cuba menjatuhkan martabat saya, mereka cuba menyerang sahabat-sahabat kenalan saya di dalam 'facebook' dengan mencuri gambar-gambar peribadi dari profile mereka.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=141411384981&id=197344137372&ref=mf


Malah ada juga seorang yang MENYAMAR menjadi "AMBU" dan cuba memecah-belahkan group-group di dalam facebook yang di uruskan oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat...namun "AMBU" penyamar ini bukan sebuah GROUP namun adalah seorang INDIVIDU...ini lah tahap ke BODOHAN ahli-ahli UMNO yang ada pada hari ini dan CARA mereka beroperasi kerana sememangnya mereka tidak boleh menang dengan cara yang BERMARUAH atau berakal pun:

http://www.facebook.com/search/?q=anak+muda+benci+umno&init=quick#!/profile.php?id=100000500180683&ref=search&sid=553345382.539875559..1

Inilah sebenarnya sifat-sifat dan perangai SEBENAR ahli-ahli UMNO yang ada pada hari ini yang hanya membuatkan orang dan juga rakyat LEBIH membenci pada mereka dan menunjukan betapa TIDAK MATANG dan KURANG BERPENDIDIKAN para-para penyokong UMNO yang ada pada hari ini.

Malah apabila segala perbuatan serta kelakuan mereka ini di lihat oleh kacamata bangsa-bangsa lain, memang benarlah apa kata mereka. Melayu-melayu yang TAK BERGUNA inilah sebenarnya yang menjatuhkan bangsa mereka sendiri, malah orang-orang Melayu di Singapura juga berasa malu melihat sifat-sifat serta sikap golongan-golongan Melayu BODOH UMNO ini yang hanya menjatuhkan martabat serta pembangunan bangsa sendiri.

Namun sekiranya KITA SENDIRI sebagai orang Melayu TIDAK menegur bangsa kita sendiri, SIAPAkah yang akan menegur mereka? Adakah ia UMNO? Sememangnya tidak kerana UMNO sebagai sebuah parti politik lebih mementingkan populariti semata-mata dan tidak akan BERTEGAS sekalipun terhadap bangsa kita sendiri, walaupun ia untuk kebaikan dan pembangunan masa depan bangsa kita sendiri.

Ia menjadi tugas serta kewajipan kepada Bangsa Melayu KITA sendiri untuk saling menegur dan sekiranya perlua, MELAWAN golongan-golongan Melayu kita yang telah terpengaruh serta di SESATkan oleh parti UMNO pada hari ini demi menjaga maruah diri bangsa Melayu kita, di hadapan mata bangsa-bangsa lain di negara kita ini, dan juga di hadapan mata dunia.

Sememang jalan di hadapan kami adalah sukar kerana memang ramai orang-orang Melayu kita yang kurang berpendidikan ini terpengaruh dengan ajaran dan penipuan UMNO parti Feudal dan JAHILIAH...namun sekiranya mereka yang berpegang teguh kepada kebenaran, amanah dan kepada keikhlasan senentiasa bersatu, akhirnya kita boleh melakukan perubahan.

Kita harus mengingati segala perjuangan yang telah di lalui oleh para-para Rasul dan Nabi-nabi kita. Hampi setiap Rasul yang di sebutkan di dalam Al-Quran melalui kesusuhan, dan mereka juga telah di utusakan dan menerima penentangan oleh KAUM MEREKA SENDIRI, namun mereka TIDAK berputus asa, termasuklah Rasulullah SAW sendiri. Mereka ini di jadikan sebagai CONTOH kepada kita sebagai umat Islam untuk di ikuti kerana tiada perkara yang BAIK di dalam dunia ini yang lazimnya datang dengan MUDAH. Namun di sinilah apabila kita sering di hadapkan dengan kesusahan, kita hanya perlu ingat setiap Nabi dan Rasul yang telah di sebutkan di dalam Al-Quran dan apakah perkara-perkara yang mereka lalui.

Saya seringkali bersyukur apabila mengingatkan tentang kesusahan dan ujian yang di lalui oleh Nabi Ayub AS. Dan apabila mengenangkan bagaimana Allah SWT menguji beliau, saya seringkali bersyukur dengan segala yang saya ada dan berasa tabah dengan apa yang saya lalui.

Saya berharap moga-moga rakan seperjuangan di alam maya ini yang menentang segala kezaliman oleh puak-puak Melayu JAHILIAH UMNO ini juga boleh mengambil iktibar dari nabi-nabi kita juga di waktu-waktu kesusahan dan bersama-samalah kita berjuang dan juga mendoakan untuk perubahan yang lebih baik di masa hadapan, demi bangsa, agama, rakyat dan juga negara kita bersama...

Sekian

Wassalam

Thursday 11 February 2010

Mengapa ORANG KITA???

Atas permintaan orang ramai supaya BLOG saya ada di dalam bahasa Melayu, jadi kini saya mulakan blog KHAS di dalam BM.

Masalahnya bukannya tak mahu, tapi bila kerja-kerja menterjemahkan sesuatu dari satu bahasa ke bahasa yang lain memang pening di buatnya.

Lazimnya kalau dari segi 'linguistics' atau kajian bahasa... mengikut Teori 'Whorf-Sapir' dalam kajian bahasa... BUDAYA sesuatu bangsa itu terkandung di dalam bahasanya.

Antara kajian2 yang menarik yang telah di lakukan oleh kedua-dua pengkaji bahasa ini ialah bahasa golongan 'Eskimo' yang tinggal di kutub utara. Golongan Eskimo yang tinggal di kawasan yang senentiasa bersalji dan di liputi air-batu di katakan mempunyai 7 istilah untuk salji, bagi setiap jenis salji yang turun, samada secara deras, secara renyai-renyai... setiap jenisnya mempunyai 'perkataan khas' untuknya di dalam bahasa Eskimo yang tidak ada perkataan-perkataan sepertinya di dalam bahasa-bahasa lain. Ini jelas menunjukan budaya golongan Eskimo yang hidup di Kutub Utara.

Samalah juga apabila kita kadangkala ingin menterjemahkan satu istilah bahasa ke dalam bahasa yang lain, kadangkala atau lazimnya, kita akan menemui sesuatu perkataan yang tidak ada bahasa atau perkataan yang benar-benar 'tepat' untuk di terjemahkan.

Malah antara contohnya perkataan bahasa Inggeris yakni 'MEALS' yang berangkumi makan mengikut kadar waktu yang tepat dalam sehari. 'MEALS' lazimnya merangkumi ketiga-tiga, yakni sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam, atau 'breakfast', 'lunch', dan 'dinner'.
Bahasa Arab mempunyai perkataan tepat bagi 'MEALS' namun di dalam Bahasa Melayu pula kita tidak mempunyai SATU perkataan yang tepat yang dapat menggambarkan atau memberikan pengertian sama. Namun di sini sahaja kita dapat mengkaji dan melihat perbezaan dari segi BUDAYA dan ketamadunan.

Dari segi pengkajian Tamadun-tamadun yang maju, kita mempunyai Tamadun Barat, Tamadun Islam, Tamadun Cina yang terkenal dengan pencapaian dari segi penciptaan dalam bidang sains dan teknologi, penemuan dan juga dari segi penulisan ilmiah dan juga falsafah. Apabila sesebuah tamadun itu mencapai peringkat yang maju, lazimnya kemakmuran yang mereka capai juga akan mewujudkan kestabilan dari segi ekonomi atau kewangan dan wujudnya golongan-golongan kelas menengah atau berpendapatan tinggi dan juga menengah di mana mereka dapat menikmati jadual makanan harian yang stabil.

Kita harus ingat, bangsa Melayu kita berasal dari sebuah tamadun yang Feudal, yakni terbahagi mengikut darjat, di mana golongan teratas adalah golongan Di-Raja, manakala di tengah-tengahnya pula adalah golongan 'Bangsawan' yang kadangkala juga berketurunan di raja, manakala golongan-golongan yang lain pula, yakni rakyat biasa di panggil 'Golongan Merdeheka' terdiri dari golongan Petani, Peneroka dan Nelayan, di mana lazimnya sistem pegangan tanah pula lazimnya akan di miliki oleh golongan-golongan Raja atau Bangsawan yang memegang atau menakluki sesebuah Daerah di mana golongan rakyat biasa membayar 'sewa' atau cukai untuk tinggal di atas tanah Pembesar atau tanah milik Raja. Golongan yang paling bawah pula adalah golongan-golongan 'Hamba' yang terdiri dari dua jenis pula: yakni Hamba Abdi, yang kadangkalanya adalah 'tawanan perang' atau seseorang yang di lahirkan sebagai hamba dan tidak boleh memiliki harta, dan golongan hamba yang tinggi sedikit adalah Hamba Berhutang, yakni seseorang yang mempunyai hutang yang tinggi kepada seseorang, dan berkontrak bagi sesuatu jangka masa yang di tentukan dengan menjadikan dirinya hamba kepada orang yang dirinya berhutang itu untuk melupuskan hutang-hutangnya.

Antara sebabnya yang kita boleh lihat mengapa perkataan 'MEALS' tidak wujud sebuah perkataan yang 'tepat' di dalam Bahasa Melayu adalah kerana budaya lama golongan-golongan rakyat biasa atau 'Golongan Merdeheka' ialah:

"Kais Pagi makan pagi, kais petang makan petang."

Bak kata pepatah Melayu lama ini sudah menunjukan sistem ekonomi Melayu lama yang berasaskan buruh pekerjaan yang keras dan kehidupan sebagai petani ketika itu. Sekiranya seseorang itu tidak ke sawah, maka ia tidak akan cukup makan.

Bangsa dan Tamadun Melayu kita sekiranya kita lihat dari penubuhan kerajaan Empayar Melayu Melaka pun, hanya berusia 100 tahun+ sewaktu mula di jajah oleh golongan Portugis.
Belum sempat lagi tamadun kita berkembang maju di mana wujudnya dasar-dasar polisi seperti pendidikan setara untuk seluruh rakyat, atau mencapai kemakmuran yang sejagat yang dapat di nikmati oleh seluruh golongan bangsa Melayu...dah pun di jajah.

Sekiranya kita lihat perkembangan-perkembangan tamadun-tamadun lain di dunia ini yang mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mereka lazimnya akan melalui proses-proses tertentu bagi mencapai kemajuan.

Antaranya:

- mempunyai sistem kehakiman dan perundangan,

- penemuan di dalam bidang sains dan teknologi

- penulisan dan hasil karya dari segi ilmu pemikiran atau 'falsafah'

- lahirnya golongan-golongan falsafah dan cendekiawan dari tamadun-tamadun
tersebut seperti Al-Farabi, Al-Khawarizmi, Rumi, Plato, Aristotle, Pythagoras,
Confucius
dan sebagainya.

- negara dan tamadun mereka mempunyai sekolah-sekolah atau menara gading
yang
terkenal yang menarik orang dari negara-negara dan benua lain untuk
datang
menuntut ilmu.

- mempunyai ekonomi perdagangan dan juga seni bina yang maju.

Sekiranya kita lihatkan... kebanyakan ciri-ciri ini terdapat pada Tamadun-tamadun yang lebih lama dan maju daripada tamadun Melayu kita seperti:

- Tamadun Barat ( Yunani, Rom- di warisi oleh benua Eropah termasuk golongan Inggeris )

- Tamadun Cina

- Tamadun Islam

Jadi sekiranya kita meneliti tamadun awal Melayu kita sendiri... sewaktu kita mula di jajah oleh golongan Portugis, tamadun Melayu ketika itu masih lagi sebuah tamadun Feudal yang masih di dalam proses pembangunan atau kurang matang, ibarat 'bayi lahir tidak cukup bulan' boleh di katakan. Kita tidak sempat mencapai tahap kemajuan yang setara dengan bangsa-bangsa yang datang berdagang di pelabuhan Melaka, dan kita sudahpun di jajah. Namun di sebabkan ini juga boleh di katakan sistem politik di negara Malaysia kita pun masih lagi 'tidak cukup matang' di mana para-para pemimpin dan ahli-ahli politik yang ada hari ini, terutamanya dari UMNO bersikap seperti golongan-golongan 'Bangsawan Feudal' yang tidak hormat pada undang-undang dan menganggap diri mereka sendiri adalah undang-undang.

Namun perkara yang paling menyedihkan sekali ialah golongan-golongan ahli politik UMNO terutamanya TIDAK mengajar orang-orang Melayu kita bagi mengamalkan sikap 'musahabah diri' dan sering kali menyuruh kita berbangga dengan 'warisan' kita, namun mereka tidak pernah mengkaji sejarah dengan lebih mendalam dengan membezakan pencapaian tamadun bangsa kita, dengan tamadun-tamadun bangsa Melayu.

Malah Tamadun ISLAM sendiri jauh lebih maju dan lebih hebat daripada ketamadunan Melayu sendiri yang tidak sempat berkembang maju pun ketika di jajah.

Namun ia bukannya sesuatua yang buruk sekiranya melihat latar belakang tamadun Melayu kita yang telah di cantas oleh golongan penjajah sebelum ia dapat berkembang. Ia cuma bermakna bahawa kita sebagai golongan atau bangsa Melayu mempunyai PELUANG untuk belajar daripada kejayaan dan juga kegagalan tamadun-tamadun bangsa yang lain yang telah naik dan turun selama berkurun-kurun lamanya. Ia cuma bermakna, kita sebagai golongan Melayu mempunyai PILIHAN untuk memilih arah tujuan bangsa sendiri dengan belajar daripada setiap arah tuju yang telah di ambil oleh tamadun-tamadun bangsa yang telah wujud sebelum ini.

Di sinilah sejarah memainkan peranan yang penting bagi kita supaya kita sebagai sebuah bangsa tidak melakukan kesilapan yang SAMA yang telah di lakukan oleh tamadun-tamadun bangsa di dunia yang telah wujud lebih lama dan jauh sebelum kita.

Kepimpinan yang bijak dan berilmu pengetahuan, termasuk rakyat yang berilmu pengetahuan juga memainkan peranan penting dalam arah masa depan sesebuah bangsa.

Namun di sebabkan ini juga saya memilih tajuk "Orang 'Melayu' KITA!" sebagai tajuk utama untuk BLOG saya ini. Kerana saya ingin sama-sama mengajak saudari-saudari sebangsa dengan saya melakukan apa yang TIDAK di lakukan oleh kepimpinan UMNO hari ini yang sepatutnya menjadi TANGGUNGJAWAB parti UMNO sendiri kepada nasib dan masa depan orang-orang Melayu kita; yakni MENUMPUKAN PERHATIAN kepada segala masalah-masalah yang berlaku melibatkan bangsa dan golongan orang-orang Melayu kita sendiri.

Masalah-masalah yang seringkali di abaikan oleh UMNO pada hari ini dengan memberikan pelbagai alasan oleh kerana MUTU kepimpinan di dalam UMNO sendiri yang seperti bak kata pepatah Tun Dr. Mahathir sendiri 'busuk sampai ke usus' atau 'rotten to the core'.

Sememangnya kekadang perkara-perkara yang buruk dan tidak baik mengenai bangsa kita sendiri PAHIT untuk di dengar dan sedih bagi mulut kita mengucapkan, tetapi kebenaran itu lazimnya pahit seperti ubat... perkara-perkara yang mungkar itu di dunia ini lazimnya 'manis'.
Namun sekiranya kita dapat belajar menelan yang pahit itu, seperti ubat juga, ia akan menjadikan diri kita lebih teguh dan kuat peribadi kita.

Saya berharap di blog ini saya dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang ada pada diri saya ini bersama saudara-saudari.

Wassalam...